Wednesday, May 25, 2016

Kayuhan Putrajaya - Port Dickson

Banyak jugak aktiviti kayuh basikal yang aku dah sertai cuma tak sempat aku nak updates dalam blog ni. Acah-acah busy katanya. Folding bike aku pon aku dah beli yang lain. Trinx KA2016 tu aku dah jual kat member. Aku beli folding bike 2nd hand ja jenama XDS AFB710. Nantilah aku ceritakan pasal folding bike aku yang terbaru ni. Kali ni aku nak cerita tentang aku dengan 4 orang  kawan aku ni. Aku, Zaaim, Acoi, Izmin dan Kinje berbasikal dari Putrajaya Central ke Port Dickson. 

Plan asal aku semua akan berkumpul di Putrajaya Central dalam jam 12 tengah malam. Kemudian take a nap kejap then gerak. Acoi, Izmin dengan Zaaim akan gerak dari Ipoh. Kinje dari Puchong dan aku dari Ampang. Tapi sebab Acoi nak belajar sangat cara tukar tiub dan sambung rantai dengan sifu dia, plan sedikit berubah. Depa semua sampai dalam pukul 3 pagi. Dan aku yang tengah sedap tidur kat rumah baru sedar jam 3.30 pagi. Kelam kabut aku bersiap sebab aku kena balik Puchong dulu basikal ada kat sana. Ha3

Aku sampai ja tengok depa semua tengah dok setup basikal lagi la aku kalut. Rupanya parking bertingkat kat Putrajaya Central tu tutup jam 12 tengah malam dan buka semula jam 6 pagi. Jadi rasa macam tak bersalah sangatlah sampai lewat sebab semua dah sepakat nak parking kereta kat dalam dan tak mau ambik risiko parking kat luar. 

Tarikh : 24.12.2015
Hari : Khamis 
Masa : Sesudah subuh
Moment : Sebelum kayuh ambil gambar dulu

------------------------------------------------

Aku baru perasan post ni dah berkurun ada dalam draft dan aku pon baru teringat yang aku ni ada blog rupanya. Aku buat blog sebab aku ingatkan aku rajin nak mengarang cerita mungkin boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan dimasa hadapan. Rupanya menulis blog ni taklah semudah yang disangka. Aku rasa aku lebih rajin membaca daripada menulis. Oklah tak mau cerita panjang aku cuba habiskan cerita yang dah terperuk lama dalam draft blog aku ni. 

Sarapan dulu walaupon dah nak masuk tengah hari. 


Laluan jalan tar dalam ladang kelapa sawit untuk ke Jetty Sungai Pelek. 

Gaya semua mesti A. 

Dekat saja, tak sampai 5minit pon. 



Laluan short cut ke Port Dickson boleh naik bot untuk ke seberang sungai. Daripada Sungai Pelek Selangor boleh terus ke Kampung Bukit Pelandok Negeri Sembilan. 




Ini Acoi. Tokey Kereta Sewa Ipoh Armada Hijrah. Kalau pi Ipoh nak sewa kereta ataupon homestay bolehlah roger 012-518 7847. Pandai sembang harga boleh nego, mr nice guy tokey ni. 

Ini Izmin. Member sekampung aku kira mcm brotherhood till the end jugaklah tambah pulak sekarang ni hobi pon sama. 

Ini Zaaim. Satu-satunya sohabat aku kat office yang minatnya pon sama macam aku jugak. 

Ini Kinje. Sahabat lama daripada zaman aku study kat Politelnik Ipoh lagi. Rajin masuk event running. Baru nak menjebakkan diri dalam dunia berbasikal. 


Syok layan jalan kampung. 

Terjumpa dengan geng touring yang lain. Depa nak pi camping ke Pangkalan Balak. Dari level pak cik,mak cik sampai ke level cucu pon join kayuh. Truly family touringlah. 

Salah seorang daripadanya. 

Singgah pekena ayaq nyioq dulu. 

Bertegur sapa dengan geng touring yang nak ke Pangkalan Balak tadi. 



Untung budak yang tolong snap gambar ni. Dapat upah rm20. 

Rider down. Nasib baik si Acoi ni tak kena lenyek dengan lori. Tengah kayuh kat simpang traffic light tiba-tiba kaki cramp dan jatuh. Tulah dok pulun sprint sangat.

Mercu tanda Port Dickson. Gambar ni diambil time on the way nak balik. 

Aku dengar tayar pancit berpisah tiada. 

Singgah sebentar tengok kot ada barang-barang yang menarik. 

Kena lagi dan ianya basikal aku jugak. Acoi macam biasa dok pulun nak praktis memantapkan skill tukar tiub tayar. Mantap bro!

Dah sampai Port Dickson kat area Politeknik Port Dickson. Sambil tunggu owner homestay datang kami isi tank bagi penuh dulu. Kami ambik homestay di Taman Politeknik. 

Politeknik Port Dickson tempat aku study diploma dulu. Dah banyak yang berubah.

Malam tu layan seafood yang lambat nak mampoih. Tokey kereta sewa ipoh belanja.

Sarapan pagi on the way nak balik. K de' K Tomyam ni antara kedai makan yang selalu jadi port lepak aku time malam-malam dulu. Makanannya sedap, mek-mek dia pon comey-comey blako. Untuk yang tak tahu K de' K ni maksudnya kedai depan kubur. Kedai ni betul-betul seberang jalan depan kubur. 

Semua pakat melaram baju ipoh foldies sponser by kereta sewa ipoh. 




Lapaq ayaq lapaq nasik. Kedai makan tak bukak ada kedai runcit sahaja. Top up air sorang sebotol dulu. 

Nak beli 2 biji ke nak beli 3 biji?

Selisih dengan pentouring yang dikenali ramai. Wakjan nama dia. Memang glamer kalau tak percaya cubalah search kat facebook nama Azizan Zolkipli. Dah tak boleh nak add friend sebab friendlist dah over limit. Aku selalu baca blog brother ni. Banyak info berguna kalau baru-baru nak belajar touring basikal. Time ni tiub basikal member Wakjan pancit. Kami berhenri sekejap untuk mengulurkan bantuan. Tapi sebab kami semua tak sepro Wakjan dan sahabatnya jadi kami tolong tengok dan tolong ambik gambar sajalah. He3

Saat paling dahaga. Kehabisan air. 

Raikan kejayaan. Selamat tiba di Putrajaya Central. 

Lipat basikal untuk pulang. Alhamdulillah semunya selamat. Time nak sampai sini tiub basikal Izmin boleh pulak bocor. Acoi rajin pulak nak tolong tukarkan. Aku dah tak boleh tunggu lama kena gerak balik rumah terus. InsyaAllah lepas ni kalau aku rajin adalah cerita tentang trip lain pulak.