Plan asal aku semua akan berkumpul di Putrajaya Central dalam jam 12 tengah malam. Kemudian take a nap kejap then gerak. Acoi, Izmin dengan Zaaim akan gerak dari Ipoh. Kinje dari Puchong dan aku dari Ampang. Tapi sebab Acoi nak belajar sangat cara tukar tiub dan sambung rantai dengan sifu dia, plan sedikit berubah. Depa semua sampai dalam pukul 3 pagi. Dan aku yang tengah sedap tidur kat rumah baru sedar jam 3.30 pagi. Kelam kabut aku bersiap sebab aku kena balik Puchong dulu basikal ada kat sana. Ha3
Aku sampai ja tengok depa semua tengah dok setup basikal lagi la aku kalut. Rupanya parking bertingkat kat Putrajaya Central tu tutup jam 12 tengah malam dan buka semula jam 6 pagi. Jadi rasa macam tak bersalah sangatlah sampai lewat sebab semua dah sepakat nak parking kereta kat dalam dan tak mau ambik risiko parking kat luar.
Hari : Khamis
Masa : Sesudah subuh
Moment : Sebelum kayuh ambil gambar dulu
------------------------------------------------
Aku baru perasan post ni dah berkurun ada dalam draft dan aku pon baru teringat yang aku ni ada blog rupanya. Aku buat blog sebab aku ingatkan aku rajin nak mengarang cerita mungkin boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan dimasa hadapan. Rupanya menulis blog ni taklah semudah yang disangka. Aku rasa aku lebih rajin membaca daripada menulis. Oklah tak mau cerita panjang aku cuba habiskan cerita yang dah terperuk lama dalam draft blog aku ni.
Sarapan dulu walaupon dah nak masuk tengah hari.
Laluan short cut ke Port Dickson boleh naik bot untuk ke seberang sungai. Daripada Sungai Pelek Selangor boleh terus ke Kampung Bukit Pelandok Negeri Sembilan.
Ini Acoi. Tokey Kereta Sewa Ipoh Armada Hijrah. Kalau pi Ipoh nak sewa kereta ataupon homestay bolehlah roger 012-518 7847. Pandai sembang harga boleh nego, mr nice guy tokey ni.
Ini Izmin. Member sekampung aku kira mcm brotherhood till the end jugaklah tambah pulak sekarang ni hobi pon sama.
Ini Zaaim. Satu-satunya sohabat aku kat office yang minatnya pon sama macam aku jugak.
Ini Kinje. Sahabat lama daripada zaman aku study kat Politelnik Ipoh lagi. Rajin masuk event running. Baru nak menjebakkan diri dalam dunia berbasikal.
Terjumpa dengan geng touring yang lain. Depa nak pi camping ke Pangkalan Balak. Dari level pak cik,mak cik sampai ke level cucu pon join kayuh. Truly family touringlah.
Bertegur sapa dengan geng touring yang nak ke Pangkalan Balak tadi.
Aku dengar tayar pancit berpisah tiada.
Dah sampai Port Dickson kat area Politeknik Port Dickson. Sambil tunggu owner homestay datang kami isi tank bagi penuh dulu. Kami ambik homestay di Taman Politeknik.
Sarapan pagi on the way nak balik. K de' K Tomyam ni antara kedai makan yang selalu jadi port lepak aku time malam-malam dulu. Makanannya sedap, mek-mek dia pon comey-comey blako. Untuk yang tak tahu K de' K ni maksudnya kedai depan kubur. Kedai ni betul-betul seberang jalan depan kubur.
Selisih dengan pentouring yang dikenali ramai. Wakjan nama dia. Memang glamer kalau tak percaya cubalah search kat facebook nama Azizan Zolkipli. Dah tak boleh nak add friend sebab friendlist dah over limit. Aku selalu baca blog brother ni. Banyak info berguna kalau baru-baru nak belajar touring basikal. Time ni tiub basikal member Wakjan pancit. Kami berhenri sekejap untuk mengulurkan bantuan. Tapi sebab kami semua tak sepro Wakjan dan sahabatnya jadi kami tolong tengok dan tolong ambik gambar sajalah. He3